1.
Berhenti merokok. Merokok boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan
seperti batuk akibat merokok, masalah pernafasan, masalah hati, hipertensi dan
kanser. Sukar untuk berhenti? Lakukannya demi orang tersayang kerana perokok
pasif juga mengalami kesan yang sama! Berhenti merokok akan memperbaiki
kesihatan dan menjimatkan wang anda.
2.
Tarik nafas dalam-dalam. Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau
naik berang. Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah
seseorang untuk menemani anda.
3. Flos gigi anda. Ia menghapuskan
nafas berbau, mengelakkan plak serta meningkatkan keyakinan diri. Pengambilan
bakteria baik Lactobacillus acidiphilus NCFM® setiap hari membantu mengimbangi
mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan nafas berbau.
4. Untuk meningkatkan kesihatan
seksual, kombinasi horny goat weed dengan damiana, withania, ginseng, gingko,
muira puama dan puncture vine boleh diambil sebagai suplemen. Horny goat weed
meningkatkan keinginan seks, manakala ginko dan ginseng melegakan keletihan dan
stres untuk kesihatan seksual yang lebih baik.
5. Sekiranya anda sudah menopaus,
ketahui ketumpatan jisim tulang dengan membuat pemeriksaan status tulang di
farmasi. Ketumpatan tulang yang rendah mengakibatkan osteoporosis dan
meningkatkan risiko keretakan tulang. Walau bagaimanapun, masih belum terlewat
untuk mengambil kalsium, magnesium, zink, mangan dan vitamin D untuk
mengekalkan kesihatan tulang. Gabungkan dengan asid lemak perlu omega-3 dan
omega-6 untuk kesan yang lebih baik!
6. Mengalami kesan menopaus? Ambil
suplemen yang menggabungkan black cohosh, red clover, dong quai, soya dan sage
setiap hari untuk melegakan ketidakselesaan. Untuk keseimbangan hormon dan
meringankan sindrom prahaid, ambilah vitex dengan minyak evening primrose
setiap hari. Ia mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan!
7. Kajian menunjukkan pengambilan
zink membantu mengekalkan kesihatan prostat. Zink mengandungi lebih daripada
300 enzim yang diperlukan untuk membaiki luka dan mengelakkan parut.
Pengambilan zink sebanyak 15mg sehari bermanfaat untuk menguatkan akar dan
mengelak keguguran rambut. Zink boleh diperolehi daripada daging merah, ayam,
tiram, kekacang, bijian, sesetengah makanan laut, bijirin penuh dan makanan
bijirin yang diperkaya.
8. Banyakkan minum air untuk menahan
selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan
pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air
sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu
membersih dan membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit.
9. Tidak mengambil sarapan atau
mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan dalam
jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana
metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam.
10. Ambil perhatian semasa memasak
atau makan di luar. Elakkan daripada mengambil makanan bergoreng dan
karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi sup, sayuran atau bubur ikan,
buah-buahan dan teh herba.
11. L-karnitina, kompaun menyerupai
vitamin menghalang pengumpulan lemak badan dan membantu mengurangkan lemak
tanpa kesan sampingan. Ia cara sihat untuk mengurangkan berat badan dan kekal
sihat.
12. Pilihlah untuk menaiki 50 anak
tangga berbanding eskalator. Ia juga mampu melegakan stres. Mulakan dengan
berjalan selama 50 minit sehari.
13. Setiap sejam bekerja, ambil 5
minit rehat dengan membuat regangan, berjalan atau bermeditasi. Cara itu boleh
meningkatkan aktiviti fizikal dan produktiviti serta rasa lebih baik sepanjang
hari. Vitamin B juga membantu mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi di
tempat kerja.
14. Apabila keluar membeli-belah,
letakkan kenderaan anda sejauh mungkin. Gunakan kesempatan untuk berjalan.
15. Sebelum bangkit dari katil pada
waktu pagi, lakukan 5 kali senaman perut. Tambahkan bilangannya setiap hari
sehingga mencapai 50. Selain membakar lemak, otot abdomen anda menjadi padat
dan cantik .
16. Senaman adalah cara terbaik
menyingkir toksik secara semula jadi yang sama penting dengan diet yang baik.
Tambahkan probiotik, spirulina organik, milk thistle & dandelion ke dalam
diet anda untuk kesan pembersihan yang lebih baik.
17. Berjalan adalah senaman terbaik
dan mudah untuk mengelakkan osteoartritis. Manfaatnya termasuklah menguatkan
otot kaki, pinggul dan torso, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan
tulang
18. Lakukan aktiviti berkumpulan
dengan memilih tempat yang memberi intensiti dan ketahanan lebih tinggi setiap
aktiviti bagi meningkatkan stamina seperti Institut Kajian Perhutanan Malaysia
(FRIM). Kumpulan 3-4 orang sesuai untuk mengeratkan hubungan selepas sibuk
bekerja. Lakukannya sambil mendengar muzik, mungkin membuatkan anda lebih
bersemangat.
19. Berjalan menggunakan pedometer
untuk mengira langkah mungkin lebih menyeronokkan. Ia dipakai pada tali
pinggang sepanjang hari dan akan menunjukkan jumlah kalori yang dibakar selepas
berjalan.
20. Senaman berterusan membantu
mengawal obesiti yang menyumbang pelbagai penyakit seperti jantung, diabetes,
peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi. Mengekalkan kecergasan dan
berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti
kehidupan